-->
« PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
skip to main | skip to sidebar

.: .....NuR....SyAzRaH.....NaBiLaH.... :.

MASUKKAN KOD SHOUTMIX KORUNK KAT SINI :)
[close]

5 Sebab Lelaki Pilih Wanita Lebih Tua


Mungkin masih banyak orang yang menilai tidak lazim 
hubungan antara lelaki muda dengan wanita yang telah
 berumur. Berikut ini beberapa alasan mengapa lelaki 
memilih wanita yang lebih tua


Lebih menarik
Dalam survey dalam sebuah majalah, lebih banyak lelaki 
yang memilih foto wanita yang berumur dibanding wanita
 muda. Responden lelaki mengungkapkan bahwa wanita
 berumur lebih terlihat menarik di mata mereka.


Lebih seksi
Banyak lelaki yang mengungkapkan wanita berumur terlihat
 lebih seksi. Benar saja, ternyata hormon wanita meningkat 
di usia 30an dan terus meningkat hingga 20 tahun ke depan.
 Sehingga semakin tua, wanita semakin terlihat seksi.

Lebih tua = Lebih bahagia
Sebuah penelitian mengungkapkan, wanita secara 
emosional terus berkembang dan semakin mantap.
 Sehingga, wanita yang berumur lebih tua menjalani
 hidupnya dengan bahagia. Para wanita berumur pun
 merupakan pasangan yang menyenangkan.


Lebih berdikari
Banyak lelaki yang mencari sosok wanita yang berdikari. 
Tidak hanya berdikari dalam segi emosional, tapi juga berdikari
 dalam hal kewangan. Biasanya wanita berumur telah memiliki
 kareir dan kewangan yang cemerlang, sehingga ia tidak lagi
 meminta pada pasangannya untuk dibelikan sebuah barang
 yang mahal.


Banyak pengalaman
Bukan hanya pengalaman seksnya saja, wanita berumur
 juga telah mengalami banyak rintangan hidup. Sehingga
 ia mampu berkongsipengalaman dengan kekasihnya dan
 dapat memberi nasihat untuk kekasihnya yang lebih muda.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:23:00 PM 0 ulasan    


 Tips Berkesan Menolak Pelawaan Lelaki Atau Perempuan Yang Mengajak Anda Berkapel



Assalamualaikum wbt.. 



Ya, zaman sekarang ni terlalu complicated , sehingga perkara seperti ni pun nak kena diajar, of course la kepada yg bajet hot tu , yg selalu update status macam ni , 

"Ada sorang laki tu minta couple dgn I.Nak terima dia ke tak ea.. I ingat nak study dulu..tapi I takut dia tak faham..I takut dia buat benda yg bodoh..Macam mana ni ?? I bingung ni kawan-kawan..."

Biasalah , zaman sekarang ni, perkara sehingga tahap termudah seperti nak berus gigi pun dia nak update kat facebook.

So, untuk membantu golongan bajet hot seperti di atas , atau pun kepada mereka yg benar-benar inginkan cara untuk menolak pelawaan couple, tips-tips di bawah mungkin berkesan untuk korang cuba.

Warning !! Hazardous Tips !! Use at your own risk !! <- kasik nampak gempak sket :D

* Cara ini adalah alternatif sekiranya korang benar-benar kehabisan idea untuk menolak pelawaan sang manusia itu

Cara Tidak Kejam 

1) Katakan Kepadanya, Korang Mempunyai Penyakit Kronik.

Ye..mungkin korang dikira agak menipu.Tetapi menipu untuk mengelakkan perkara yg tidak baik adalah diharuskan.Korang katakan padanya kononnya korang tu ada penyakit kronik.Kalau couple pun, maybe dalam 2-3 tahun lagi, dia kena cari pasangan yg lain.Tak kan dia nak kot couple lagi dengan korang.Jenis lelaki zaman sekarang ni mana sanggup sehidup semati.Tak wujud dah kot lelaki macam tu.

2) List-kan Kepadanya Syarat-Syarat Menantu Yang 'Mak' Korang Tulis

Berikan kepada dia syarat-syarat untuk menjadi menantu yg kononnya mak korang tulis.Jangan la bagi yg senang-senang.Nanti mudah sgt dia buat.Bagi yg agak sukar tapi tak mustahil.Contohnya kena hafal sekurang-kurangnya 5 juzuk Al-Quran dulu ke, kene amal pakai jubah atau serban ke, dll.Jangan korang memandai list-kan suruh dia cari semangkuk hati nyamuk, nak jambatan emas dari KLCC ke rumah korang ke, kang dia datang bawak geng nak bom rumah korang, pandai-pandai la tanggung ye.

3) Beritahu Kepadanya, Ada Lelaki Lain Minat Korang , and Dia tu Ganas

Cakap kepada dia dengan lemah lembut , katakan bahawa sebenarnya korang takut, sebab ada lelaki lain yg jugak minat kat korang, dia selalu pantau fb korang la , blog korang la, takut-takut ade lelaki lain yg kacau korang.And katakan padanya lelaki tu ganas.Dah berapa lelaki yg kacau korang dah kene belasah dengan dia. ==''

Cara Kejam

1) Katakan Bahawa Korang Tak Suka Langsung Kepada Dia

Ini cara paling mudah.Cakap je yg korang tu tak minat langsung kat dia.Camne nak kaple kalau tak minat.Tak payah nak takut dia buat benda bodoh ke tidak, tu masalah dia.Iman lemah, mmg macam tu.

2) Beritahu Dia , Korang Dah Minat Kat Ayah/Emak Dia

Ok.. ni tips agak gila.Korang cakap je yg sebenarnya korang bukan tak nak couple dengan dia , tapi korang dah jatuh cinta dgn mak atau ayah (bergantung kepada jantina korang la ) dia.Cara ni cara paling last sekali korang kena pilih.Guna atas risiko sendiri.

OK.tu je yg aku nak share dgn korang hari ni.Mungkin nampak agak giler semua cara kat atas.Tapi kalau korang betul-betul tak nak couple dengan orang tu, bleh je kalau korang nak try cara-cara kat atas.After all, aku pun pernah guna one or two of them.hahaha..

Sekali lagi aku ulang, guna atau risiko sendiri.Kalau tak menjadi atau jadi ke arah lain, jangan datang serang aku lak.Jangan saman saye, saye orang susah..hehehe..

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:20:00 PM 0 ulasan    

24 peringatan untuk para wanita


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:17:00 PM 0 ulasan    

ciri ciri lelaki yang jujur dalam hubungan


Dalam sesebuah hubungan,kejujuran adalah tonggak utama yang akan memastikan keutuhan sesebuah perhubungan itu..tapi sejauh manakah diri seseorang itu mampu menjadi jujur?..
Dan kali ini,amat penting bagi kaum wanita untuk cuba mengenalpasti adakah insan lelaki di samping anda itu benar-benar jujur atau sebaliknya dalam menjalinkan hubungan dengan anda..
Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya
Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ok?
2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe
Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..
3-Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.
Kesimpulanya : Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan si dia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:14:00 PM 0 ulasan    

kenali 6 ciri ciri gadis playgirl


Pernah mendengar istilah yang playgirl? Ramai wanita berbakat untuk menjadi “dalang” lelaki? Mengenal pasti ciri-ciri atau tanda, kerana ia boleh anda, termasuk mangsa.
1. Menyimpan Kisah One Night Stand
Bukan hanya satu, tetapi banyak lagi. Satu malam pendirian tidak bermakna menamatkan jantina sahaja. Sentuhan fizikal yang sedikit adalah untuk menjawab bagaimana dia keakraban dengan seorang lelaki yang kaguminya, tetapi tidak untuk jangka masa panjang.
2. Seringkali Changed Facebook Status
Bermula dari “single”, “tarikh”, kemudian bergerak ke “rumit”. Ini menandakan dia sebagai seorang lelaki mencari untuk bersenang-senang sahaja. Walaupun dia cuba untuk mencari yang terbaik, tetapi di mata manusia, beliau adalah seorang pemakan manusia.
3. Daripada dengan dua orang lelaki dalam satu kumpulan
Sebagai contoh yang dia sekali bertarikh seorang lelaki dalam satu pasukan bola sepak, kemudian pada masa yang lain dengan rakan sepasukan. Secara tidak sedar hampir separuh daripada pasukan itu sentiasa dekat kepadanya. Benar-benar pencinta lelaki.
4. Memberi Nombor Telefon Mudah
Itu, dia masih teman wanita tetapi beliau mudah mendapat nombor telefon dari dia. Berhati-hati, kerana tanda-tanda ini, dia masih memberikan kelemahan untuk menarik perhatian lelaki lain, atau mempunyai hubungan sulit.
5. mudah Dengan Tambang
Bagus untuk bermain dengan perasaan seseorang boleh langkah. Bayangkan apabila hubungan itu panas, tiba-tiba dia pergi tanpa perkataan sahaja memberi penekanan kepada “Siapa yang bos”. Jika anda telah mencapai peringkat ini, dia benar-benar Playgirl benar.
6. Jangan sekali-kali Cukuplah
Lelaki memerlukan usaha yang besar tambahan kepada pendekatan, dan ia tidak pernah cukup. Apabila dia tidak berpuas hati, dia akan pergi.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:13:00 PM 0 ulasan    

10 ciri lelaki kasanova


1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya.
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.
3. Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.
4. Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
9. Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:12:00 PM 0 ulasan    

25 perkara yang dibenci oleh suami


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar ie. “hubby i tu kan kan ..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”
2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah. ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak ”
3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”
4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca. ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”
5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ” ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong simpan …”
6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak ….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”
7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami. ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu”
8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”
9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”
10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber… . ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”
11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami. ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan ”
12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”
13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. ie. ” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul betul ..”
14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. >ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”
15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu.. >ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”
16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
ie. “,,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana pun..”
17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain. ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..”
18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”
19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”
20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you ”
21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”
22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain. ie. “..eee u tau tak hubby i tu…”
23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”
24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”
DAN AKHIR SEKALI
25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:11:00 PM 0 ulasan    

ciri ciri sahabat yang baik


“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat..

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:09:00 PM 0 ulasan    

beza cinta,sukan minat

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi, tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau.
Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.
Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dan dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.
Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.
Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 5:06:00 PM 0 ulasan    

bukti kamu dicintai


                 


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 12:59:00 PM 0 ulasan    

9 perkara yang dilakukan oleh orang yang berjaya



Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa orang lain boleh berjaya tetapi bukan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak dapat mengenalpasti puncanya, mungkin anda akan terus hanyut daripada mengecapi kejayaan. Memang agak sukar untuk memahami samaada kejayaan atau kegagalan yang mungkin anda terima. Kebolehan semulajadi atau bakat berkemungkinan memainkan sedikit peranan dalam hal ini. Tetapi anda harus ingat, hasil daripada kajian menunjukkan kejayaan seseorang bukan bergantung terhadap siapa mereka, tetapi apa yang mereka telah lakukan.
Lebih spesifik- Apabila anda cuba untuk menetapkan sesuatu matlamat di dalam kehidupan, anda seharusnya menetapkan matlamat itu dengan cara yang lebih khusus. Sebagai contoh, “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan”. Kelihatan matlamat anda masih samar-samar lagi sekiranya meletakkan matlamat seperti itu. Sebaiknya anda meletakkan matlamat “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan sebanyak 5kg”. Ia kelihatan anda lebih tegas untuk mencapai matlamat anda dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Tentukan saat yang perlu anda bertindak untuk mencapai matlamat- Elemen masa adalah peranan penting untuk anda mencapai sesuatu matlamat itu. Pasti anda semua telah terikat dengan rutin harian yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, anda ingin menurunkan berat badan, tetapi pekerjaan anda menjadi penghalang. Anda perlu merancang setiap hari sabtu dan ahad anda perlu untuk pergi bersenam. Inilah merupakan saat yang paling sesuai  untuk anda bertindak. Sekali lagi, ketika anda merancang masa yang sesuai untuk bertindak, ia juga perlu lebih khusus seperti setiap hari sabtu dan ahad berbanding setiap hujung minggu.
Pantau terhadap usaha yang telah dilakukan- Pemantuan terhadap usaha yang telah anda lakukan amat penting untuk memastikan anda sentiasa bermotivasi untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Ianya boleh dilakukan samaada dari segi harian, mingguan ataupun bulanan. Sebagai contoh anda ingin menurunkan berat badan sebanyak 5kg pada bulan hadapan, tetapi daripada pemantauan anda agak mustahil untuk mencapainya. Anda perlu bijak untuk menukar perancangan seperti menambahkan hari untuk anda bersenam. Jika sebelum ini anda hanya bersenam setiap hari sabtu dan ahad, mungkin anda boleh tambahkan hari isnin, rabu, dan jumaat setelah anda habis melakukan kerja anda akan pergi bersenam.
Matlamat perlu realistik- Ketika anda menentukan sesuatu matlamat itu, anda perlu juga memikirkan adakah anda benar-benar yakin mampu untuk mencapainya. Ini adalah kerana keyakinan dapat membantu untuk mengekalkan momentum motivasi anda. Tetapi anda tidak boleh memandang mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu.Untuk mencapai matlamat memerlukan masa, perancangan, usaha, dan ketekunan. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda berfikir dengan mudah akan berjaya untuk mencapai sesuatu matlamat akan membuatkan anda tidak bersedia untuk perjalanan lebih ke depan, dan ia juga akan meningkatkan kemungkinan kegagalan.
Yakin terhadap kebolehan diri sendiri- Percaya bahawa anda mempunyai kebolehan untuk mencapai sesuatu matlamat itu adalah penting tetapi anda perlu yakin juga bahawa anda mempunyai kebolehan itu. Kebanyakan orang menganggap bahawa kebolehan adalah suatu anugerah semulajadi dan ianya bersifat tetap untuk orang yang terpilih sahaja. Apa yang mereka lakukan tidak akan dapat mengubah kebolehan yang sudah ada pada mereka. Dan disinilah titik yang ramai memilih untuk berputus asa, tetapi mereka sebenarnya silap. Kebolehan seseorang boleh dibentuk melalui pelbagai cara. Hanya keinginan yang bersungguh-sungguh sahaja akan melepasi tahap ini. Anda seharusnya lebih fokus untuk mencapat sesuatu matlamat yang telah ditetapkan berbanding daripada memikirkan kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri.
Keinginan yang bersungguh-sungguh- Anda perlu bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda walaupun ia mengambil satu jangka masa yang panjang, tambahan pula sekiranya ketika anda mempunyai kesulitan. Seseorang yang tidak mempunyai keinginan yang bersungguh-sungguh pasti akan lebih untuk memikirkan ketidakupayaan mereka untuk berjaya. Sekiranya anda hanya meragui ketidakupayaan anda sahaja, adakah anda merasakan matlamat anda akan tercapai? pasti tidak kerana sebelum berjuang lagi anda sebenarnya sudah menyerah kalah. Apabila anda sudah menetapkan sesuatu matlamat itu, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Abaikan segala suara sumbang yang mungkin akan menurunkan semangat anda dan terus maju ke hadapan.
Kesihatan- Anda perlu sedar bahawa kesihatan juga memainkan peranan penting untuk anda berjaya. Bayangkan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan, adakah anda merasakan anda mampu untuk mengambil tindakan yang lebih baik untuk mencapai matlamat? Pasti tidak, ianya akan menggangu terhadap persembahan tindakan yang anda lakukan. Berkemungkinan jika sekiranya masalah kesihatan anda lebih teruk, anda sendiri tidak mampu untuk mengambil apa-apa tindakan. Semakin kurang tindakan yang anda ambil bermakna semakin jauh anda daripada mengecapi kejayaan. Menjaga kesihatan telah menunjukkan bahawa anda telah mengambil satu langkah untuk berjaya. Teruskan dengan langkah-langkah yang seterusnya dan mungkin kejayaan milik anda.
Kekalkan fokus- Mengekalkan fokus anda terhadap matlamat yang ingin dicapai juga merupakan elemen penting sebelum mengecapi kejayaan. Anda seharusnya lebih untuk memfokuskan terhadap perkara positif yang mampu untuk menguatkan semangat anda untuk terus lebih berusaha berbanding daripada memikirkan perkara-perkara negatif. Sekiranya anda terus fokus untuk berfikiran positif, ia bermakan semua masalah pasti anda dapat atasi dengan penyelesaian yang terbaik. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin berhenti merokok, anda perlu lebih fokus terhadap tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk berhenti merokok. Inilah yang dikatakan pemikiran yang positif. Sekiranya anda hanya memikirkan terhadap keinginan anda untuk berhenti merokok sahaja tanpa memikirkan tindakan yang perlu diambil untuk berhenti, ini adalah merupakan pemikiran negatif.
Berserah- Seperti yang anda semua ketahui, manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Sekiranya anda telah berusaha yang terbaik tetapi masih lagi menemui kegagalan, anda seharusnya lebih kuat untuk berusaha dan bukannya berputus asa. Terdapat banyak lagi bidang yang mungkin anda boleh ceburi.  Anda sepatutnya memahami bahawa sekiranya anda gagal, anda telah mempelajari satu pelajaran bagaimana untuk menjadi lebih berjaya. Hidup adalah suatu perjalanan dan sekiranya anda tidak mengalami kegagalan, pasti anda sendiri tidak mengetahui apakah nikmat kejayaan yang sebenar. Anggap sahaja kegagalan hanya merupakan satu proses pembelajaran untuk anda lebih berjaya. Jangan sesekali berhenti untuk melakukan sesuatu usaha.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 12:55:00 PM 0 ulasan    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼ 2011 (30)
    • ▼ November (30)
      • 5 Sebab Lelaki Pilih Wanita Lebih Tua
      •  Tips Berkesan Menolak Pelawaan Lelaki Atau Perem...
      • 24 peringatan untuk para wanita
      • ciri ciri lelaki yang jujur dalam hubungan
      • kenali 6 ciri ciri gadis playgirl
      • 10 ciri lelaki kasanova
      • 25 perkara yang dibenci oleh suami
      • ciri ciri sahabat yang baik
      • beza cinta,sukan minat
      • bukti kamu dicintai
      • 9 perkara yang dilakukan oleh orang yang berjaya
      • Fakta mengenai alahan...
      • 10 cara untuk memohon maaf
      • benci pompuan macam nie.....
      • 6 larangan bercinta...... awas...!!!
      • 5 sebab "si jejaka tampan masih single".........
      • 7 sebab kenapa para lelaki kini GAGAL untuk menawa...
      • 8 cara pemakaian tudung
      • 10 "secret" dia tak perlu tahu.....
      • bila cinta semakin hambar....
      • tanda tanda boyfreind anda pencinta yang hebat...
      • 10 Cara Nak Ucap " I LOVE YOU" ..
      • tip kuruskan badan....
      • 10 TANDA SI DIA JODOH KITA..
      • Tips Blogging: Apa Yang Orang Nak Baca Kat Blog Ki...
      • jangan jadikan facebook tempat melepas geram....
      • Gambaran Hari Qiamat
      • (TAKZIRAH) CEDERA SEKEPING HATI
      • (KISAH TELADAN) AMPUNKAN DOSA SAYA IBU
      • (KISAH BENAR) CINTA JARAK JAUH
Online Users
Kelatefc

My Blog List

About Me

My Photo
nur syazrah nabilah bt abdullah
View my complete profile

ThIs iS ME...

ThIs iS ME...
lOvE YoU aLl

SELAMAT DATANG KE BLOGGER SAYA

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan - kawan saya yang sudi mengunjungi blogger saya.Saya harap kepada kawan - kawan saya ingin melawati lagi.

BiOdAtA sAya

NuR sYaZrAh NaBiLaH bT AbDuLlAh
14 TaHuN
29. NoVeMbEr.1997
SAGGITARIUS
lAyAn GiTaR ND lAyAn nOvEl
i wAnT To Be A eXeCuTiVe cHeF






ThE TeMbAm gUrL

AsSaLaMuAlAiKuM,NuR SyAzRaH nAbIlAh Bt AbDuLlAh... ItUlAh NaMa SaYa...

followers......


WeLcOmE To My bLoGgEr
ThE tEmBaM GuRlZ gUrLz
I HoPe u eNjOy iT...


kAmSaMhAmNiDa...

Pages

  • Laman utama
 
Powered by Blogger.

followers....