-->
« PYZAM.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
skip to main | skip to sidebar

.: .....NuR....SyAzRaH.....NaBiLaH.... :.

MASUKKAN KOD SHOUTMIX KORUNK KAT SINI :)
[close]

9 perkara yang dilakukan oleh orang yang berjaya



Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa orang lain boleh berjaya tetapi bukan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak dapat mengenalpasti puncanya, mungkin anda akan terus hanyut daripada mengecapi kejayaan. Memang agak sukar untuk memahami samaada kejayaan atau kegagalan yang mungkin anda terima. Kebolehan semulajadi atau bakat berkemungkinan memainkan sedikit peranan dalam hal ini. Tetapi anda harus ingat, hasil daripada kajian menunjukkan kejayaan seseorang bukan bergantung terhadap siapa mereka, tetapi apa yang mereka telah lakukan.
Lebih spesifik- Apabila anda cuba untuk menetapkan sesuatu matlamat di dalam kehidupan, anda seharusnya menetapkan matlamat itu dengan cara yang lebih khusus. Sebagai contoh, “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan”. Kelihatan matlamat anda masih samar-samar lagi sekiranya meletakkan matlamat seperti itu. Sebaiknya anda meletakkan matlamat “pada bulan hadapan aku akan menurunkan berat badan sebanyak 5kg”. Ia kelihatan anda lebih tegas untuk mencapai matlamat anda dan akan berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Tentukan saat yang perlu anda bertindak untuk mencapai matlamat- Elemen masa adalah peranan penting untuk anda mencapai sesuatu matlamat itu. Pasti anda semua telah terikat dengan rutin harian yang perlu dilakukan. Sebagai contoh, anda ingin menurunkan berat badan, tetapi pekerjaan anda menjadi penghalang. Anda perlu merancang setiap hari sabtu dan ahad anda perlu untuk pergi bersenam. Inilah merupakan saat yang paling sesuai  untuk anda bertindak. Sekali lagi, ketika anda merancang masa yang sesuai untuk bertindak, ia juga perlu lebih khusus seperti setiap hari sabtu dan ahad berbanding setiap hujung minggu.
Pantau terhadap usaha yang telah dilakukan- Pemantuan terhadap usaha yang telah anda lakukan amat penting untuk memastikan anda sentiasa bermotivasi untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Ianya boleh dilakukan samaada dari segi harian, mingguan ataupun bulanan. Sebagai contoh anda ingin menurunkan berat badan sebanyak 5kg pada bulan hadapan, tetapi daripada pemantauan anda agak mustahil untuk mencapainya. Anda perlu bijak untuk menukar perancangan seperti menambahkan hari untuk anda bersenam. Jika sebelum ini anda hanya bersenam setiap hari sabtu dan ahad, mungkin anda boleh tambahkan hari isnin, rabu, dan jumaat setelah anda habis melakukan kerja anda akan pergi bersenam.
Matlamat perlu realistik- Ketika anda menentukan sesuatu matlamat itu, anda perlu juga memikirkan adakah anda benar-benar yakin mampu untuk mencapainya. Ini adalah kerana keyakinan dapat membantu untuk mengekalkan momentum motivasi anda. Tetapi anda tidak boleh memandang mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu.Untuk mencapai matlamat memerlukan masa, perancangan, usaha, dan ketekunan. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya anda berfikir dengan mudah akan berjaya untuk mencapai sesuatu matlamat akan membuatkan anda tidak bersedia untuk perjalanan lebih ke depan, dan ia juga akan meningkatkan kemungkinan kegagalan.
Yakin terhadap kebolehan diri sendiri- Percaya bahawa anda mempunyai kebolehan untuk mencapai sesuatu matlamat itu adalah penting tetapi anda perlu yakin juga bahawa anda mempunyai kebolehan itu. Kebanyakan orang menganggap bahawa kebolehan adalah suatu anugerah semulajadi dan ianya bersifat tetap untuk orang yang terpilih sahaja. Apa yang mereka lakukan tidak akan dapat mengubah kebolehan yang sudah ada pada mereka. Dan disinilah titik yang ramai memilih untuk berputus asa, tetapi mereka sebenarnya silap. Kebolehan seseorang boleh dibentuk melalui pelbagai cara. Hanya keinginan yang bersungguh-sungguh sahaja akan melepasi tahap ini. Anda seharusnya lebih fokus untuk mencapat sesuatu matlamat yang telah ditetapkan berbanding daripada memikirkan kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri.
Keinginan yang bersungguh-sungguh- Anda perlu bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda walaupun ia mengambil satu jangka masa yang panjang, tambahan pula sekiranya ketika anda mempunyai kesulitan. Seseorang yang tidak mempunyai keinginan yang bersungguh-sungguh pasti akan lebih untuk memikirkan ketidakupayaan mereka untuk berjaya. Sekiranya anda hanya meragui ketidakupayaan anda sahaja, adakah anda merasakan matlamat anda akan tercapai? pasti tidak kerana sebelum berjuang lagi anda sebenarnya sudah menyerah kalah. Apabila anda sudah menetapkan sesuatu matlamat itu, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Abaikan segala suara sumbang yang mungkin akan menurunkan semangat anda dan terus maju ke hadapan.
Kesihatan- Anda perlu sedar bahawa kesihatan juga memainkan peranan penting untuk anda berjaya. Bayangkan sekiranya anda mengalami masalah kesihatan, adakah anda merasakan anda mampu untuk mengambil tindakan yang lebih baik untuk mencapai matlamat? Pasti tidak, ianya akan menggangu terhadap persembahan tindakan yang anda lakukan. Berkemungkinan jika sekiranya masalah kesihatan anda lebih teruk, anda sendiri tidak mampu untuk mengambil apa-apa tindakan. Semakin kurang tindakan yang anda ambil bermakna semakin jauh anda daripada mengecapi kejayaan. Menjaga kesihatan telah menunjukkan bahawa anda telah mengambil satu langkah untuk berjaya. Teruskan dengan langkah-langkah yang seterusnya dan mungkin kejayaan milik anda.
Kekalkan fokus- Mengekalkan fokus anda terhadap matlamat yang ingin dicapai juga merupakan elemen penting sebelum mengecapi kejayaan. Anda seharusnya lebih untuk memfokuskan terhadap perkara positif yang mampu untuk menguatkan semangat anda untuk terus lebih berusaha berbanding daripada memikirkan perkara-perkara negatif. Sekiranya anda terus fokus untuk berfikiran positif, ia bermakan semua masalah pasti anda dapat atasi dengan penyelesaian yang terbaik. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin berhenti merokok, anda perlu lebih fokus terhadap tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk berhenti merokok. Inilah yang dikatakan pemikiran yang positif. Sekiranya anda hanya memikirkan terhadap keinginan anda untuk berhenti merokok sahaja tanpa memikirkan tindakan yang perlu diambil untuk berhenti, ini adalah merupakan pemikiran negatif.
Berserah- Seperti yang anda semua ketahui, manusia hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan. Sekiranya anda telah berusaha yang terbaik tetapi masih lagi menemui kegagalan, anda seharusnya lebih kuat untuk berusaha dan bukannya berputus asa. Terdapat banyak lagi bidang yang mungkin anda boleh ceburi.  Anda sepatutnya memahami bahawa sekiranya anda gagal, anda telah mempelajari satu pelajaran bagaimana untuk menjadi lebih berjaya. Hidup adalah suatu perjalanan dan sekiranya anda tidak mengalami kegagalan, pasti anda sendiri tidak mengetahui apakah nikmat kejayaan yang sebenar. Anggap sahaja kegagalan hanya merupakan satu proses pembelajaran untuk anda lebih berjaya. Jangan sesekali berhenti untuk melakukan sesuatu usaha.

Dicatat oleh nur syazrah nabilah bt abdullah di 12:55:00 PM    

0 ulasan:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼ 2011 (30)
    • ▼ November (30)
      • 5 Sebab Lelaki Pilih Wanita Lebih Tua
      •  Tips Berkesan Menolak Pelawaan Lelaki Atau Perem...
      • 24 peringatan untuk para wanita
      • ciri ciri lelaki yang jujur dalam hubungan
      • kenali 6 ciri ciri gadis playgirl
      • 10 ciri lelaki kasanova
      • 25 perkara yang dibenci oleh suami
      • ciri ciri sahabat yang baik
      • beza cinta,sukan minat
      • bukti kamu dicintai
      • 9 perkara yang dilakukan oleh orang yang berjaya
      • Fakta mengenai alahan...
      • 10 cara untuk memohon maaf
      • benci pompuan macam nie.....
      • 6 larangan bercinta...... awas...!!!
      • 5 sebab "si jejaka tampan masih single".........
      • 7 sebab kenapa para lelaki kini GAGAL untuk menawa...
      • 8 cara pemakaian tudung
      • 10 "secret" dia tak perlu tahu.....
      • bila cinta semakin hambar....
      • tanda tanda boyfreind anda pencinta yang hebat...
      • 10 Cara Nak Ucap " I LOVE YOU" ..
      • tip kuruskan badan....
      • 10 TANDA SI DIA JODOH KITA..
      • Tips Blogging: Apa Yang Orang Nak Baca Kat Blog Ki...
      • jangan jadikan facebook tempat melepas geram....
      • Gambaran Hari Qiamat
      • (TAKZIRAH) CEDERA SEKEPING HATI
      • (KISAH TELADAN) AMPUNKAN DOSA SAYA IBU
      • (KISAH BENAR) CINTA JARAK JAUH
Online Users
Kelatefc

My Blog List

About Me

My Photo
nur syazrah nabilah bt abdullah
View my complete profile

ThIs iS ME...

ThIs iS ME...
lOvE YoU aLl

SELAMAT DATANG KE BLOGGER SAYA

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan - kawan saya yang sudi mengunjungi blogger saya.Saya harap kepada kawan - kawan saya ingin melawati lagi.

BiOdAtA sAya

NuR sYaZrAh NaBiLaH bT AbDuLlAh
14 TaHuN
29. NoVeMbEr.1997
SAGGITARIUS
lAyAn GiTaR ND lAyAn nOvEl
i wAnT To Be A eXeCuTiVe cHeF






ThE TeMbAm gUrL

AsSaLaMuAlAiKuM,NuR SyAzRaH nAbIlAh Bt AbDuLlAh... ItUlAh NaMa SaYa...

followers......


WeLcOmE To My bLoGgEr
ThE tEmBaM GuRlZ gUrLz
I HoPe u eNjOy iT...


kAmSaMhAmNiDa...

Pages

  • Laman utama
 
Powered by Blogger.

followers....